MY STORY

Nash Idrus' Story

Nazril Idrus bekas anak didik Tony Fernandes dlm program Apprentice Asia. Setelah meninggalkan dunia korporat, dia meneruskan cita2 utk menjadi seorang usahawan. Pernah memenangi “Business of the Year” di bawah “ActionCoach” bila Sales Agency beliau mencecah jualan yg sgt tinggi selamat 3 tahun berturut-turut, dan Aset Under Management melebihi RM 100 million. 

Beliau kini adalah Managing Director Syarikat Precession Capital Berhad, sebuah Investment Company.

Tapi sebenarnya tak bermula macam tu… 

 Satu masa dulu, Nazril Idrus pernah kehilangan duit investment yg diberikan kpd “kawan”. Sampai skrg, tak de berjumpa dgn kawan tu.  

Lagi teruk, bila mula berbisnes,4 kali dia fail, dan ada pulak kawan kata “kau tak patut buat benda ni”… Jadi, keinginan nak jadi usahawan terus terpendam. Lebih2 lagi, sebagai anak kpd seorang former Bank GM yg memulakan bisnes & kemudian bankrap, beliau secara tak sedar merasai terperangkap & dibelenggu kegagalan. 

Satu hari, pada tahun 2004, setelah beberapa bulan resign dari kerjaya professional yg memberi gaji lumayan,   beliau nekad utk menjadi “salesman”.  Hari pertama, sales beliau kosong, hari kedua kosong, hari ketiga kosong, sehingga selama seminggu, takde result. 

Tiba satu masa,duit simpanan dah kurang rm1000, hutang kredit kad mula berlambak. Dia dah mula menggelebah.  Ada kalanya, Nazril Idrus pernah menangis, takut nasib yg dialaminya. Sehinggalah satu hari, dpt seorang client, jualan rm20,000 dan dapat komisen yg pertama. 

 Semenjak itu, beliau tabah dan ketahui “minda” yg perlu utk jadi salesman yg berjaya. 3 tahun kemudian beliau berjaya bina sebuah empayar sales team yg semuanya semangat berkobar dan memenangi augerah “Top Agency Manager dan Top Recruiter” tahun 2008. Semangat utk terus maju & ingin membantu org lain, Nazril Idrus menelaah & mendalami ilmu2 keusahawanan. Tahun 2012 Nazril Idrus di pilih sebagai “Assistant Trainer” utk program Keusahawanan Antarabangsa dari North America, di bawah T Harv Eker, dan mengelingi Asia & Australia, mengajar “Street Smart Entrepreneurship”.

Berbekalkan semangat utk membantu usahawan, tahun 2017,  memulakan bisnes “Investment Company” Precession Capital Berhad (bayangkan seperti Khazanah Nasional Berhad) bertujuan utk melabur dalam company2 bumiputera SME. 

Beliau percaya ekonomi negara khasnya Malaysia di tampung oleh GLC, dan barisan kedua, SME, yg kalau tak di beri bimbingan, memang senang jatuh dan bankrap. berjuang utk membantu golongan barisan kedua ini, bersama dgn team beliau, memberi tunjuk ajar, nasihat kewangan & pelaburan, strategi bisnes, struktur, modal, mentor dan coaching.

Dalam masa 3 bulan shj, Precession Capital Berhad (PCB) telah membina modal ekuiti dan mempunyai Nilai Company RM 6 juta yg akan meningkat sehinggalah ke “exit” IPO (Initial Public Offering) target 2023.  Antara pelaburan yang telah di buat PCB adalah kompeni berbentuk education, F&B, Fashion. Nash berkongsi katil dgn buah hatinya Sazzy Falak, dan kadangkala bersempit dgn 2 anak kembar, Imaan Lily & Tiara Rose.